Wednesday 6 August 2014

Makeup Yang Sempurna di Hari Lebaran !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Masih tidak terlewat lagi untuk Lora sharekan tips-tips makeup yang cantik di hari raya ini !

Tentu banyak sekali jemputan yang anda akan hadiri bukan ? Mesti nak nampak cantik dan menawan di samping baju yang meletoppp tu .. Okey simple sahaja .

Makeup yang sempurna adalah berdasarkan jenis kulit .

Jenis-jenis kulit yang ada perlu ketahui :

1. Kulit Berminyak ( boleh tahu daripada kulit kepala yang sering berminyak . Itu tanda kulit anda cepat berminyak )

2. Kulit Kering ( jenis menggelupas , kering dan ada jeragat )

3. Kulit Sensitive ( merah , radang , red rashes dan susah untuk memakai produk kecantikan takut dikhuatiri tidak sesuai )

4. Aging Skin ( bergantung pada usia )

Okey sebenarnya simple sahaja ,

Apa-apa produk yang dijual di kedai atau di pasaran ada ternyata masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri .

Ikut step ini :

1. Mulakan dengan pencucian wajah daripada cleanser - scrub - toner - moisturiser

2. Bagi yang kulit cepat berminyak digalakkan untuk mencuci rambut kerana di khuatiri kulit kepala akan
berminyak cepat . Cuaca kat Malaysia ni tinggi humidity nya so boleh menjejaskan kualiti makeup

3. Pilih colour foundation yang bersesuain dengan kulit wajah anda

4. Pilih colour eyeshadow yang natural , nude atau pun earth tone colour

5. Lengkapkan dengan pemakaian blusher seperti soft pink and peach

6. Sapukan bronzer sedikit dan highlighter

7. Pemakaian lipstick / lipgloss nude colour akan melengkapkan wajah dan anda akan kelihatan fresh & segar setiap hari

Selamat mencuba !!





Best Regards,
Lora Dash
Makeup Artist 

Suffy Grooming & Image ( 002161908-V )
B-5-8, Plaza Mont Kiara , 
Mont Kiara , 50480 
Kuala Lumpur , Malaysia

Phone +60 12 9878600
Facebook: Lora Dash
Instagram : @lora_dash
Websitewww.loradash.com